Ibu digalak dapatkan vaksin sebelum, semasa hamil

Ibu digalak dapatkan vaksin sebelum, semasa hamil

BARU-BARU ini, Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengeluarkan garis pandu dan saranan menerusi program vaksinasi bagi orang dewasa.

Antara penyakit yang tergolong dalam program itu termasuk flu, campak atau measles, cacar (chickenpox), beguk (mumps), rubela (rubella), hepatitis B, pneumococcal, HPV, penyakit terkancing mulut (tetanus), difteria (diphtheria) dan penyakit batuk kokol (whooping cough).

Yang pasti wang simpanan Medisave dapat digunakan bagi menampung kos pembayaran vaksinasi ini, mulai 1 November ini.

Rencana ini memberi fokus kepada vaksinasi ketika hamil.

Buat masa ini, wanita hamil digalak supaya mendapatkan dua jenis vaksin untuk menghindari dan mencegah daripada penyakit batuk kokol dan flu.

BATUK KOKOL

Penyakit batuk kokol atau pertussis, adalah sejenis penyakit bahaya yang disebabkan jangkitan daripada bakteria Bordetella pertussis.

Simptom awal penyakit ini termasuk de- mam, batuk, bersin and hidung berair. Ini kemudian berubah menjadi simptom klasik seperti batuk mengejut, pernafasan nyaring dan muntah selepas batuk.

Batuk akibat batuk kokol boleh menjadi seriussehingga menyebabkan pendarahan di kelopak mata (subconjunctival haemorrhage), keretakan tulang selangka (clavicular fracture), kencing yang tidak terkawal, buasir dan pengsan selepas batuk.

Penyakit batuk kokol yang dibiarkan tanpa rawatan boleh menyebabkan kerosakan otak dan kematian.

Batuk kokol lazimnya menjejas bayi dan kanak-kanak. Bayi yang dijangkiti penyakit ini perlu dirawat di unit kecemasan dan penjagaan rapi di hospital.

Menurut program vaksinasi bayi dan kanak-kanak di Singapura, vaksin untuk mencegah penyakit batuk kokol hanya diberi pada usia tiga, empat dan lima bulan.

Ini bermakna, bayi baru lahir tidak mempunyai antibodi untuk melindungi mereka daripada penyakit batuk kokol, sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko dijangkiti penyakit bahaya ini.

Menerusi langkah untuk memberi vaksin penyakit batuk kokol kepada wanita ketika hamil, antibodi yang dihasilkan ibu dapat disalurkan kepada bayi melalui uri dalam kandungan, dan boleh mencegah si ibu daripada penyakit batuk kokol ketika waktu sarat hendak bersalin.

Ini sekali gus menghindari kemungkinan menjangkiti bayi dengan penyakit batuk kokol.

Langkah sebegini dapat mengurangkan kadar penyakit batuk kokol, kemasukan hospital dan kematian akibat penyakit batuk kokol di kalangan bayi baru lahir.

Vaksin penyakit batuk kokol atau Tdap, digabung dengan vaksin bagi penyakit terkancing mulut dan difteria.

Kita sudah dimaklumkan bahawa pada Ogos tahun ini, seorang pekerja asing di Singapura menemui ajal akibat penyakit difteria.

Vaksin bagi penyakit terkancing mulut atau tetanus diberikan kepada wanita hamil di negara seperti India dan Sri Lanka.

Tdap adalah singkatan bagi tetanus, diphtheria and pertussis. Vaksin Tdap selamat dan sesuai disuntik kepada wanita hamil ketika usia kandungan antara 16 hingga 32 minggu.

Dan suntikan ini diberi pada setiap kehamilan tidak mengira jarak antara kehamilan dan jarak dari vaksin Tdap yang lalu.

Raffles Women Centre

We have one of the largest teams of consultant Obstetricians & Gynaecologists in the private healthcare sector. Our services range from primary care services such as screening and diagnosis of various gynaecological conditions, to tertiary care for advanced medical conditions.

Find a gynaecologist

FLU

Kebanyakan wanita hamil yang diserang jangkitan flu, hanya mengalami simptom ringan dan berjaya dirawat dengan berkesan tanpa sebarang kerumitan.

Namun, jangkitan flu semasa hamil berpotensi menyebabkan jangkitan serius dan berpanjangan.

Ini kerana, tahap imun wanita hamil agak lemah. Wanita hamil yang dijangkiti flu berisiko mendapat jangkitan paru-paru atau pneumonia.

Wanita hamil yang dijangkiti flu juga mempunyai risiko lebih tinggi mengharungi kelahiran pra masa atau pre mature labour.

Demam tinggi dan berpanjangan, sama ada berkaitan dengan flu atau tidak, boleh meningkatkan risiko keguguran, terutama ketika kandungan dalam tiga bulan pertama.

Vaksin flu selamat disuntik ketika hamil tidak kira usia kandungan.

RUBELA

Penyakit Rubela atau German measles adalah sejenis jangkitan virus yang menyebabkan kecacatan serius kepada bayi dalam kandungan, jika ia dijangkiti wanita hamil.

Kecacatan yang dimaksudkan bukan setakat kecacatan anggota fizikal, tetapi mental juga.

Mujur, disebabkan kejayaan program vaksinasi bayi dan kanak-kanak,ramai wanita berusia reproduktif masih mempunyai antibodi untuk melindungi mereka daripada penyakit Rubela ketika mereka hamil.

Namun, jika mereka tidak lagi mempunyai antibodi Rubela sebelum hamil, mereka wajar mendapatkan suntikan vaksin Rubela sebelum hamil.

Jika wanita hamil dikesan tidak mempunyai perlindungan daripada penyakit Rubela menerusi ujian darah ketika hamil, mereka tidak boleh diberi suntikan vaksin Rubela.

Vaksin Rubela tidak selamat diberi ketika hamil dan wanita yang telah disuntik dengan vaksin Rubela tidak dibenarkan hamil dalam tempoh sekurang-kurangnya sebulan setelah mendapatkan vaksin itu. Vaksin MMR adalah vaksin Rubela yang digabungkan dengan vaksin penyakit beguk dan campak.

MMR adalah singkatan mumps, measles, rubella. Ingat ya! Vaksin MMR tidak selamat disuntik ketika hamil.

Wanita hamil yang didapati tiada perlindungan bagi penyakit Rubela harus berhati-hati sepanjang tempoh kehamilan daripada terdedah kepada virus penyakit Rubela yang amat bahaya.