Loader

Medical Conditions A - Z

Mers di Tanah Suci

Mers di Tanah Suci: Ustaz Firdaus antara panelis beri penjelasan

WALAUPUN Makkah dianggap sebagai tanah suci kenapa terdapat umat Islam yang masih dijangkiti Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers)?

Persoalan yang sama juga ditimbulkan kenapa sedang umat Islam menunaikan umrah mereka masih dijangkiti Mers sedangkan mereka menunaikan ibadah?

Tidakkah umat Islam dilindungi dan diberkati sepanjang mengerjakan ibadah di tanah suci? Inilah persoalan yang bakal dijawab dalam Forum Kesihatan Berita Harian pada 21 Jun ini.

Pengurus Darul Huffaz, Ustaz Dr Firdaus Yahya, bakal tampil menjawab kesemua persoalan tersebut dalam forum dengan menyentuh tentang wabak Mers dari sudut pandangan Islam. Selain itu, Ustaz Dr Firdaus akan menyentuh tentang langkah-langkah pencegahan bagi jemaah yang akan ke tanah suci menerusi aspek taharah, ataupun kebersihan dalam Islam.

Beliau juga akan mengongsi panduan yang telah diberikan oleh Nabi Muhammad saw dalam mencegah penularan wabak. Awal daripada ini, Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan bilangan kematian akibat Mers telah mencapai seramai 282 orang.

Jumlah yang dijangkiti Mers pula meningkat 688 orang sejak 2012. Kebanyakan mereka yang bukan penduduk Arab Saudi dijangkiti Mers baru-baru ini dilaporkan setelah menunaikan umrah.

Majoriti jangkitan Mers – manusia kepada manusia – yang berlaku adalah berpunca daripada pengabaian terhadap penjagaan kesihatan. Umat Islam mempunyai tanggungjawab peribadi mengekang penyebaran Mers.

Adalah penting bagi umat Islam meningkatkan pengetahuan dan sikap mereka terhadap penyakit ini, ujar Ustaz Dr Firdaus lagi. Mers dianggap sebagai wabak yang berbahaya tetapi kurang pendedahan berkaitan jangkitan tersebut.

Sehingga kini, tiada vaksin atau rawatan antiviral untuk Mers. Selain Ustaz Dr Firdaus, dua penceramah lain yang diundang ialah pakar jangkitan penyakit berjangkit daripada Novena Medical Specialists, Dr Koh Yin Ling,

Beliau akan bercakap tentang Mers secara umum dan bagaimana Mers boleh dijangkiti dan dicegah. Dr Faizal Kassim – seorang doktor kecemasan dalam bidang perubatan evakuasi – akan berkongsi kan mengenai tanda- tanda virus flu biasa dan virus flu rumit.

Pakar jantung, daripada Hospital Raffles, Dr Abdul Razakjr Omar, akan muncul sebagai panelis dan berkongsi pengalamannya ketika menjadi pegawai perubatan semasa di Makkah. Pendaftaran bagi forum yang bakal diadakan mulai 10.30 pagi di Auditoriumn SPH di Toa Payoh North itu masih dibuka.

Mereka yang berminat boleh mendaftar melalui e-mel kepada bhforum@sph.com.sg. 

View the original article here.