Loader

Medical Conditions A - Z

Rahsia dan hikmah di sebalik wabak Mers

Rahsia dan hikmah di sebalik wabak Mers

BAGI umat Islam yang ingin menunaikan umrah atau haji, persediaan rapi terhadap tahap kesihatan yang tinggi amat diutamakan, apatah lagi ketika Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) melanda Arab Saudi.

Apakah yang boleh dilakukan jemaah bagi menghadapi wabak penyakit itu semasa mereka berhimpun di tempat yang sesak seperti di Makkah? 

Pengurus Darul Huffaz, Ustaz Dr Firdaus Yahya, yang akan memberikan pandangannya daripada perspektif Islam tentang Mers dalam Forum Kesihatan Berita Harian berkata: 

“Dalam forum ini, saya akan menjelaskan apakah rahsia dan hikmah serta pelajaran yang boleh diambil daripada Mers. “Setiap sesuatu yang Allah tetapkan ada rahsianya, hikmahnya dan pelajarannya.’’ 

Ustaz Dr Firdaus merupakan lulusan sarjana dalam bidang Al-Quran dan Sunah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Beliau pernah bekerja dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sebagai Pegawai Eksekutif di Pejabat Mufti.

Dalam forum kesihatan yang diadakan pada 21 Jun ini, peserta boleh mengemukakan pelbagai soalan tentang Mers dari sudut pandangan Islam kepada Ustaz Dr Firdaus. 

Ustaz Dr Firdaus akan turut menyentuh tentang langkah pencegahan yang boleh diambil jemaah yang hendak pergi ke tanah suci.

Beliau juga dijangka berkongsi panduan yang diberikan Nabi Muhammad saw dalam isu menjaga kesihatan.

Selain Ustaz Dr Firdaus, Berita Harian mengundang dua lagi penceramah.

Antara penceramah itu ialah pakar penyakit berjangkit daripada Novena Medical Specialists, Dr Koh Yin Ling.

Dr Koh mempunyai pengalaman luas dalam mengendali kes Mers dan Sindrom Sesak Nafas Mendadak (Sars).

Seorang lagi penceramah, Dr Faizal Kassim – seorang doktor kecemasan dalam bidang perubatan evakuasi – akan berkongsi mengenai tanda-tanda serangan virus flu biasa dan virus flu rumit.

Pakar jantung daripada Hospital Raffles, Dr Abdul Razakjr Omar – panelis dalam sesi soal jawab – akan berkongsi pengalamannya ketika menjadi pegawai perubatan semasa di Makkah.

View the original article here.