Loader

Soalan Lazim Raffles Medical PCN

Pertanyaan

Bagaimanakah cara mendaftar diri saya untuk program ini? Adakah saya perlu menjadi pesakit dari poliklinik / hospital?

Anda boleh mendaftar di mana-mana klinik Raffles Medical PCN. Lawati senarai klinik yang tersedia.

Di mana saya boleh pergi untuk pemeriksaan susulan saya?

Anda boleh melawat mana-mana klinik Raffles Medical PCN yang terletak di kelompok Timur, Tengah dan Barat, atau mana-mana klinik GP PCN berdekatan.

Apa yang perlu saya bawa?

Anda hanya perlu membawa kad pengenalan anda.

Apakah faedah melawat klinik PCN?

Klinik PCN menawarkan anda kemudahan untuk melawat GP yang berdekatan, waktu menunggu yang lebih singkat, dan penjagaan perubatan yang sama seperti yang anda terima di poliklinik / hospital. Untuk kesinambungan penjagaan, anda akan dimasukkan ke dalam daftar penyakit kronik untuk mengesan data kesihatan anda secara sistematik.

Apakah perkhidmatan / rawatan perubatan yang boleh saya terima dari klinik PCN?

Setiap PCN mempunyai rangkaian perkhidmatan sokongan untuk penjagaan yang lengkap, serta lebih mudah untuk anda. Pasukan pengurusan dan kaunselor mereka akan bekerjasama dengan doktor keluarga untuk menyokong dalam memerangi dan membantu penyakit kronik anda. Perkhidmatan khusus seperti retina fotografi dan pemeriksaan kaki untuk pesakit diabetes juga boleh dilakukan di PCN untuk kemudahan anda.

Apakah peranan jururawat?

Para kaunselor jururawat akan membantu anda memahami keadaan anda dengan lebih baik, membantu anda menetapkan matlamat dan menyokong anda dalam pengurusan keadaan penyakit kronik anda. Dengan memantau kemajuan anda dengan teliti melalui perundingan secara terbuka bersama anda atau melalui perbualan di telefon, mereka dapat membantu anda mencapai sasaran anda seperti untuk berhenti merokok dan pengubahsuaian diet dengan lebih berkesan. Mereka juga boleh membimbing anda dalam rawatan perubatan harian anda, seperti suntikan insulin untuk kegunaan diabetes dan inhaler untuk pesakit asma. Kaunselor jururawat juga akan menjalani pemeriksaan kaki diabetis dan menyediakan pendidikan penjagaan kaki yang menyeluruh.

Apakah peranan pengurus dan penyelaras penjagaan?

Peranan penyelaras penjagaan adalah untuk menyelaraskan perkhidmatan penjagaan kronik serta perkhidmatan Pemeriksaan Mata Diabetik secara bergerak (mobile). Mereka bekerja dengan penyedia perkhidmatan komuniti dan institusi penjagaan kesihatan awam termasuk ahli fisioterapi, pakar mata, untuk memastikan penjagaan kesihatan anda adalah holistik dan bersepadu. Mereka akan memantau penyakit kronik anda melalui Pendaftaran Penyakit Kronik supaya keadaan anda dapat dipantau dan bertambah baik serta sihat.

Saya pemegang kad CHAS / PG, bolehkah saya menikmati subsidi CHAS / PG saya untuk penjagaan penyakit kronik?

Ya, anda boleh menikmati subsidi CHAS / PG anda di klinik Raffles Medical PCN.

Pertanyaan

Saya berminat dalam