Loader
Raffles Medical - PCN Clinics

Rangkaian Penjagaan Utama (PCN)

Pertanyaan

Pilihlah Rangkaian Penjagaan Utama (PCN) Raffles Medical sebagai pilihan utama bagi segala pengurusan penyakit kronik anda.

Selaras dengan penekanan kebangsaan terhadap pengurusan penyakit kronik, Raffles Medical telah melancarkan tiga kelompok Penjagaan Utama Rangkaian (PCN), di kawasan  Timur, Tengah dan Barat Singapura. Pengurusan keadaan kronik yang terperinci yang  disediakan oleh pasukan perubatan yang bersepadu, dapat membantu anda mengurangkan penyakit yang berpotensi teruk dan boleh mengakitbat komplikasi, demi  memberikan anda kehidupan yang lebih baik serta berkualiti.

Mengapakah pengurusan penyakit kronik itu penting?

Penduduk yang semakin tua dan dengan gaya hidup yang tidak aktif di negara maju moden ini, boleh membawa beban kesihatan dan cabaran kepada negara. Penyakit kronik seperti diabetes mellitus, hipertensi, hyperlipidemia, obesiti lebih banyak berlaku di kalangan penduduk, dan boleh menyebabkan komplikasi penyakit lain seperti penyakit jantung koronari, strok dan gangguan buah pinggang. 

Tidak seperti penyakit akut seperti selesema dan sakit kepala, penyakit kronik, setelah didiagnosis, akan terus kekal dan memerlukan perubatan lanjut. Pengurusan yang mencukupi bagi keadaan kronik dapat memastikan hasil yang baik dan boleh mengurangkan kecacatan, kualiti tidak sihat dan kematian. Oleh itu, adalah penting bagi pesakit untuk mendapatkan rawatan susulan secara tetap dengan doktor keluarga mereka demi memastikan keadaan penyakit mereka tetap terkawal.

Raffles Medical Clinic

Tawaran Raffles Medical PCN

Dengan pelancaran kelompok Raffles Medical PCN, kini anda boleh mendapatkan rawatan di klinik Raffles Medical PCN yang terdekat untuk penjagaan kesihatan susulan penyakit kronik anda. 

Klinik Raffles Medical PCN diatur untuk memudahkan pesakit untuk mendapatkan rawatan dan penjagaan yang diperlukan. Pasukan pengurusan yang cekap serta berkomited akan berkerjasama denagn para doktor keluarga kami untuk menyelarasakan  penjagaan serta mengesan dan memantau hasil rawatan yang diperlukan oleh para pesakit. 

Jururawat yang bertauliah serta peramah akan memberikan nasihat dan sokongan pengurusan kesihatan kepada pesakit untuk menguruskan keadaan penyakit kronik dengan  lebih berkesan lagi. Di samping itu, Raffles Medical PCN menyediakan servis retina fotografi  dan biotesiometri. Jika dahulu perkhidmatan untuk penyakit kencing manis hanya terdapat di poliklinik dan hospital, kini ianya boleh diakses bagi kemudahan masyarakat setempat. 

Sebagai sebahagian daripada program ini, anda akan dimasukkan ke dalam daftar penyakit kronik untuk mengesan data kesihatan, serta hasil dari rawatan anda akan disimpan secara sistematik. Dengan cara ini, kesihatan anda mudah dipantau, dan pengurusan keadaan penyakit kronik ini akan menjadi lebih baik lagi. Rekod Perubatan Elektronik Raffles (EMR) sendiri, juga membolehkan rekod perubatan anda diakses di semua klinik Perubatan Raffles Medical di Singapura sekiranya anda melawat klinik Raffles Medical PCN yang lain.

Faedah mendapatkan rawatan Raffles Medical PCN

  • Lokasi yang mudah di seluruh Singapura
  • Masa menunggu yang lebih singkat
  • Mengesan data kesihatan dan hasil rawatan yang sistematik
  • Mendapat sokongan padu dari  pasukan pengurusan dan jururawat
  • Penjagaan komprehensif dengan adanya perkhidmatan khusus (misalnya: retina fotografi dan pemeriksaan kaki bagi penyakit diabetis)
  • Keistimewaan bagi pengguna kad CHAS

PCN adalah hasil inisiatif oleh Kementerian Kesihatan (MOH) untuk menguruskan penyakit kronik bagi komuniti dengan lebih baik lagi. 

Hubungi klinik Raffles Medical PCN terdekat dan ambil arah menjaga kesihatan anda hari ini!

Pertanyaan

Saya berminat dalam