Beraya Dengan Sihat dan Selamat
HARI Raya Aidilfitri bakal menjelang. Umat Islam di Singapura ghairah membuat persiapan.
Keghairahan ini lebih terserlah meman-dangkan perayaan Hari Raya tahun ini da-pat disambut dengan kelonggaran sekatan dan batasan akibat pandemik Covid-19.
Namun, seperti tahun-tahun yang sudah, pendekatan bagi menyambut Aidilfitri, wa-jar dilaksanakan dengan cara yang sihat dan selamat.
SETAHUN SEKALI
Sambutlah Aidilfitri dengan penuh keri-angan, kemeriahan dan kesyukuran.
Perhatikan cara dan gaya pemakanan. Usah keterlaluan sehingga makan dan mi-num secara berlebihan, apatah lagi semasa menikmati makanan dan minuman yang kurang sihat dan kurang berkhasiat.
Ini termasuk hidangan yang mengandu-ngi kadar gula, lemak dan kolesterol yang tinggi.
Yang penting, utamakan kesederhanaan dan keseimbangan.
Usah anggap sambutan Hari Raya sepan-jang Syawal sebagai bulan untuk “membal-as dendam” setelah menahan lapar dan da-haga semasa berpuasa sebulan.
Ramadan melatih diri kita untuk lebih banyak bersabar dan berdisiplin.
Sikap ini harus kita kekalkan setelah bu-lan Ramadan berakhir.
KESAN BERPUASA
Salah satu kesan fizikal yang agak ketara dirasai setelah berpuasa sebulan sepanjang Ramadan adalah penurunan berat badan. Ini sekaligus meningkatkan tahap kesihatan terutama sekali bagi mereka yang mempu-nyai masalah kegemukan.
Ramai yang susut berat badan sehingga li-ma kilogram atau lebih.
Usah kita sia-siakan usaha berat me-ngurangkan berat badan setelah tamat ber-puasa.
Kita wajar mengorak langkah untuk kekalkan berat badan yang lebih sihat dan berazam untuk memperkukuhkan tahap kesihatan yang lebih baik.
Masalah kegemukan dan pemakanan yang kurang sihat adalah antara punca uta-ma penyakit-penyakit kronik yang merun-cing dan melanda kaum Melayu seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, penya-kit jantung koronari, angin ahmar dan masalah ketidaksuburan.
Kesihatan amat berharga. Apabila kita dan keluarga kita sihat, kita semua dapat me-rai dan menikmati lebih banyak lagi bulan-bulan Ramadan dan Syawal yang menda-tang.
CARA DAN GAYA PEMAKANAN
Terdapat pelbagai cara untuk mengubah-suai cara memasak hidangan-hidangan Hari Raya dengan cara dan resipi yang lebih si-hat.
Antaranya adalah seperti membakar atau memanggang selain daripada meng-goreng, melebihkan sayur-sayuran atau buah-buahan yang berkhasiat dalam hida-ngan, tidak menggunakan santan dalam lauk-pauk, menggunakan ‘air fryer’ untuk menyediakan juadah dan mengurangkan gu-la, garam dan minyak dalam masakan.
Anda pasti sudah maklum bahawa sekarang terdapat banyak pilihan minuman yang mengandungi kadar gula yang telah dikurangkan.
Buatlah pilihan bijak dan elakkan daripa-da menghidang atau meminum minuman yang bergas dan mengandungi kadar gula yang tinggi.
Awas ya! Gula yang diambil secara ber-lebihan, jika tidak dibakar, akan berubah menjadi lemak dalam tubuh.
UBAH CARA HIDANGAN
Tahun ini, ramai yang akan menganjurkan rumah terbuka dan majlis keramaian, mengikut syarat keselamatan yang telah ditetapkan.
Dalam menyediakan juadah Hari Raya, saya harap pihak tuan rumah dapat me-ngawal dan menyekat sajian yang dihidang-kan untuk para tetamu.
Kajian jelas menunjukkan bahawa jika ja-muan yang disediakan terhidang secara ber-lebihan, maka terdapat kemungkinan besar para tetamu akan turut makan secara ber-lebihan.
Oleh demikian, cuba elakkan daripada sa-jian yang berbentuk bufet. Hidangkan ma-kanan mengikut sukatan yang sihat. Hidang-kan sajian mengikut kajian.
Apabila menjamu selera pelbagai jenis kuih, kek dan kerepek yang disaji, ingat ba-hawa makanan-makanan ini tergolong dalam kategori makanan ringan.
Makanya, makan secara ringan.
ATUR PERANCANGAN
Jika anda berhajat untuk berkunjung ke beberapa rumah dalam sehari, buat peran-cangan awal yang menyeluruh untuk menge-lakkan daripada memakan secara berlebi-han dan tidak terkawal.
Pihak tuan rumah tidak akan berkecil hati jika anda hanya menjamu selera secara ringan, jika anda menerangkan duduk perka-ra mengenai jadual kunjung-mengunjung yang agak padat sepanjang hari itu.
Yang lebih penting semasa berhari Raya adalah untuk mengeratkan kembali tali per-saudaraan, bermaaf-maafan dan bukan un-tuk mengisi perut.
Adalah baik jika dapat mengatur jadual kunjungan supaya tidak berpanjangan se-hingga ke larut malam.
Ini wajar diamalkan demi untuk menge-lakkan daripada makan terlalu lewat pada waktu malam sebelum waktu tidur.
Kita dianjurkan supaya tidak makan sekurang-kurangnya 3 hingga 4 jam sebelum tidur malam. Jika makan berlebihan se-hingga lewat malam dan kemudian pulang rumah untuk terus masuk tidur, ini boleh menyebabkan masalah kegemukan.
JALAN RAYA
Selepas mengunjung ke satu rumah, mungkin salah satu aktiviti yang baik adalah dengan tidak menggunakan lif apabila bere-dar untuk ke rumah yang selanjutnya.
Jika terdapat peluang, gunakan tangga su-paya dapat segera membakar kalori sejurus selepas menjamu selera.
Adalah satu tabiat yang baik untuk ber-jalan kaki selama setengah jam selepas ma-kan.
Makanya, cuba lakukan sedemikian se-tiap kali selepas makan.
Pastinya lebih meriah jika anda sekeluar-ga atau bersama teman-teman dapat ber-jalan kaki buat seketika sebelum menuju ke destinasi selanjutnya.
Bayangkan anda berjalan bersama-sama dalam satu kumpulan, dengan menggaya-kan baju Hari Raya sedondon atau berwar-na-warni. Lebih-lebih lagi sekarang kita tidak perlu memakai pelitup muka apabila berjalan di luar rumah.
Makanya boleh senyum lebar untuk men-gambil gambar.
Itulah dinamakan “Instagram moment”, iaitu saat untuk bergambar dan kemudian dimuat naikkan gambar itu ke laman media sosial Instagram.
Gambar itu sesuai disertakan dengan ka-psyen “Jalan Raya” iaitu dengan erti kata “Jalan” yang sebenar-benarnya. Pasti dapat sambutan mewah di Instagram!
Jika gambar yang dimuatnaik mempu-nyai ciri-ciri unik dan menarik, pasti tular.
Sambil berjalan, kita bergembira, bermes-ra, membakar kalori dan membantu proses penghadaman makanan.
SENAMAN DAN SUKAN
Sementara anda mengatur jadual kun-jung-mengunjung, apa kata anda turut menyediakan jadual bersenam dalam bulan Syawal.
Biasanya, kunjungan semasa Hari Raya bermula sekitar waktu tengahari.
Makanya, apa kata kita bersenam pada waktu pagi dahulu.
Dengan tamatnya puasa di bulan Ra-madan, senaman secara intensif dengan mengeluarkan peluh boleh diamalkan kembali.
Jika anda berhajat untuk “membalas den-dam” selepas Ramadan untuk kembali aktif bersukan dan bersenam, dipersilakan.
Pilih jenis senaman dan sukan yang anda senangi dan gemari, asalkan anda komited dan dapat mengeluarkan keringat serta men-ingkatkan nadi jantung, demi untuk mem-bakar kalori dan membina tubuh yang lebih sihat, cergas dan kuat.
Kita digalak untuk aktif bersenam sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali dalam seminggu.
KESIHATAN MENTAL
Malangnya langkah-langkah keselama-tan pandemik COVID-19 telah mencetus banyak tekanan dan keresahan kerana ra-mai yang tidak dapat bertemu dengan ahli keluarga dan mereka yang disayangi.
Dengan kelonggaran sekarang serta pem-bukaan sempadan antara negara, ambil pelu-ang ini untuk bertemu secara fizikal ahli ke-luarga yang sudah lama terpisah.
Ini amat penting demi untuk melestari-kan kesihatan mental dan mengelakkan gangguan emosi. Hubungan antara manusia adalah keperluan asas setiap insan.
Sambutan Hari Raya adalah peluang ter-baik untuk eratkan kembali tali silaturahim dan tali persaudaraan.